Festival Langkawi Naturally Magikal 2014
Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, pihak Naturally Magical Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan negeri Kedah bersama Lembaga Pembangunan Langkawi membawakan festival terbesar yang diberi nama Langkawi Naturally Magikal.
Festival yang bakal diadakan di Pulau Langkawi selama 18 hari berturut-turut bermula 19 Disember sehingga 5 Januari depan bakal dimeriahkan lagi dengan konsert percuma dari lebih 10 bintang ternama dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Difahamkan, kesemua artis yang terpilih bakal berkampung di sana sambil menghiburkan pengunjung dengan konsert dan persembahan yang istimewa.
Antara artis Malaysia yang telah disahkan bakal mengadakan konsert adalah Anuar Zain, Dato’ M Nasir, Faizal Tahir, Stacy, Black Hanifah, Suki, Ajieb Rosdi, Muzzy Band, Farhan, Asmidar,Altimet, Lukman dan ramai lagi. Manakala artis dari Indonesia pula adalah Dato’Rossa dan kumpulan Unggu.
Ketika sidang media pelancaran Langkawi Naturally Magikal yang diadakan di Zebra Square, Ampang, baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Hj Mukriz Tun Dr Mahathir berkata penganjuran festival ini dibuat bersandarkan hasil maklum balas yang diterima dari pelancong yang datang ke Langkawi.
“Saya yakin festival ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan Langkawi,” ujarnya.
Selain dihiburkan dengan konsert percuma dari artis popular Malaysia, Indonesia dan Thailand, pengunjung festival ini bakal menikmati kemeriahan dengan persembahan bunga api dan aktiviti menarik.

0 ulasan:
Catat Ulasan