Kebelakangan ini khabar angin mengenai Ratu Rock negara, Ella berbadan dua bertebaran di sana-sini.
Ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan berita tersebut, bukan sahaja peminat malah dikalangan pengamal media.
Penyanyi rock itu bagaimanapun telah menafikan berita tersebut .
“Ya, Ella ada dengar mengenai perkara itu…Alhamdulillah para peminat mendoakan Ella…Harap-harap ada rezeki Ella nanti.
“Ella mengaku memang ada menjalani pemeriksaan perut di hospital Ampang Puteri, bukan kerana hamil tetapi disebabkan Apendiks,” katanya.
Menurut Ella lagi, dia dan suaminya Azhar pergi bertemu doktor selepas mengalami sakit perut luar biasa.
“Ada satu malam tu, perut Ella rasa tak ‘syok’ , kalau makan banyak sikit je rasa senak semacam…Ella beritahu suami dan dia terus ajak berjumpa doktor.
“Apabila bertemu doktor, beliau menasihatkan supaya Apendiks ini dikeluarkan sebelum ia pecah, atau akan mengganggu kandungan jika Ella hamil,” ujarnya.
Tambah Ella lagi, proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan, dan kini sedang menjalani rawatan susulan.
Selain itu Ella turut memberitahu sedang sibuk dengan projek album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran Januari 2014.

0 ulasan:
Catat Ulasan