Bukan sekali dua, tetapi kerap juga lagu ciptaan penyanyi remaja, Najwa Latif, menjadi bahan sendaan. Semuanya bermula apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor, ini muncul dengan single pertama berjudul Cinta Muka Buku. Meskipun mengecapi populariti secara mendadak ekoran fenomena dicetuskan lagu itu, sehingga kini kemampuan Najwa dalam bidang ciptaan tetap dipertikai. Kebanyakan lagunya yang diputarkan di corong radio kedengaran seakan sama dengan karyanya sebelum ini. Sampai bila penyanyi ini mahu kekal dengan lagu sebegitu?
"Saya sedar, ramai yang mempertikaikan lagu ciptaan saya selama ini. Sebagai orang baru dalam dunia seni, saya sentiasa mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri. Untuk album kedua nanti, saya membuat sedikit perubahan yang dapat membezakan antara Najwa sekarang dengan yang terdahulu.
"Saya ada memperdengarkan lagu itu kepada beberapa teman dan mereka tidak sangka ia ciptaan saya," kata remaja ini yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Hilang.
Najwa Latif lebih selesa nyanyi lagu sendiri
Sejak pembabitannya dalam bidang muzik, Najwa juga nampaknya lebih selesa menyanyikan lagu sendiri. Adakah disebabkan terlalu lama berada dalam zon selesa membuatkan Najwa tidak mahu menerima lagu ciptaan komposer luar? "Tidak dinafikan ada komposer lain yang menawarkan lagu kepada saya untuk dinyanyikan, tetapi saya terpaksa tolak kerana kebanyakannya tidak sesuai dengan julat vokal saya.
"Lagi pun, terus terang saya lebih selesa menyampaikan lagu sendiri," ujar Najwa yang sering bekerjasama dengan kakaknya, Ika, dalam penghasilan lagu. ~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan