Shila Amzah luah kekecewaan di laman sosial

Penyanyi  Shila Amzah menjadikan laman sosial peribadinya sebagai tempat meluahkan perasaan yang terpendam dan kekesalan akibat pendedahan cinta pelakon, Johan As'ari dan Lana Nordin.

Shila yang kini berada di Beijing bersama ibu dan bapanya, meluahkan perasaan berhubung pendedahan cinta tersebut di laman Twitter miliknya sejak beberapa hari yang lalu.

"Dunia ini memang tipu daya, tapi lebih best kalau tiada yang menipu, penipu itu nature mereka, jangan tertipu pada luaran," tulis Shila.


Selain daripada itu, anak kepada penyanyi ND Lala itu turut meluahkan perasaan dan kata-kata yang ditujukan kepada ibu Johan.

Sebelum ini, Johan dan Shila pernah digosipkan bercinta namun Shila mengatakan hubungan antaranya dan pelakon drama Juvana itu hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.

Beberapa hari lalu, Johan membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah dimiliki sejak berkenalan dengan Lana dan mereka dikatakan sedang serius untuk membina rumah tangga. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top