Maraton Star Trek di ntv7 sepanjang November
Sepanjang November ini, ntv7 membawakan siri filem Star Trek menerusi slot Sunday Movie, jam 11 malam sehingga 1 pagi dengan empat judul hebat, Generations (1994), First Contact (1996), Insurrection (1998) dan Nemesis (2002).
Jika pada 3 November lalu, filem Generations yang memenangi pelbagai anugerah menemui penonton, Star Trek - First Contact pula menghiburkan peminat pada 10 November.
Filem ini pernah membawa pulang Anugerah Saturn pada 1997 bagi kategori Kostum Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. First Contact mengisahkan peperangan epik manusia dan golongan Borg, iaitu hidupan yang dimajukan dengan teknologi siber.
Kali ini Kapten Picard (Patrick Stewart) dan kru kapalnya bakal ke Sfera Borg dan kembali ke abad 21 untuk menghalang makhluk terbabit memasuki serta membuat percaturan di bumi. Mereka bakal bertempur bersama Permaisuri Borg sebelum dia menggunakan manusia untuk mengasimilasikan golongannya serta mengubah sejarah dunia.
Sementara itu filem Inserruction akan disiarkan pada 17 November. Ia mengetengahkan kisah pasukan Enterprise menentang bangsa dari planet unik yang mana Kapten Picard dipaksa memulakan pemberontakan. Filem ini dianugerahkan Filem Fiksyen Sains Terbaik pada Anugerah Saturn 1999.
Nemesis (24 November)
Bersiaran pada 24 November pula ialah Nemesis, yang merangkul anugerah Filem Cereka Keluarga Terbaik (Fantasi) pada Anugerah Artis Muda 2003.
Filem ini bakal melihat Kapten Picard menempuh cabaran paling ditakutinya. Di dalam suasana kegembiraan perkahwinan Riker (Jonathan Frakes) dan Troi (Marina Sirtis), Kapten Picard menerima sebuah lagi berita baik untuk diraikan. Pihak Romulan meminta perdamaian dan Kapten bakal menjadi wakil perutusan pihak bumi. Namun pada saat kapal Enterprise menghampiri Kerajaan Romulan, penjahat yang bijak itu sedia menunggu untuk memusnahkan segala-galanya.
Maklumat lanjut mengenai maraton filem ini boleh didapati di www.ntv7.com.my, selain akaun rasmi ntv7 di Facebook dan Twitter.

0 ulasan:
Catat Ulasan