Kamal Adli kecil hati Fizo Omar sorok kisah cinta

Kamal Adli mengakui berasa kecil hati dengan rakan karibnya yang juga merupakan pengantin baru, Fizo Omar kerana merahsiakan mengenai percintaannya dengan isteri, Mawar Abdul Karim sebelum ini.

“Sebagai rakan karib dalam industri yang pernah tinggal serumah dan berkongsi segala masalah bersama, saya agak terkejut apabila dia mahu berkahwin. Saya kecil hati kerana dia tak bawa jumpa atau memperkenalkan Mawar kepada saya,” gurau Kamal sambil memberitahu dia hanya kecil hati ‘manja-manja’ saja dengan pengacara ‘Nasi Lemak Kopi O’ itu.

“Apapun, saya gembira untuk dia dan tahniah buat Fizo. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik, begitu juga dengan Fizo. Bila teringat zaman kami pinjam duit sama-sama dulu, saya rasa bangga dengan dia kerana dia sudah berada sampai tahap ini.”

Kamal ketika ditemui pada majlis pernikahan Fizo dan Mawar baru-baru ini turut memberitahu rasa tercabar apabila rakannya itu yang menamatkan zaman bujang terlebih dahulu sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia bukan menjadi alasan untuk dia dan kekasih, Intan Ladyana mempercepatkan perkahwinan mereka.

“Rasa tercabar juga bila Fizo dah kahwin tapi Alhamdullillah, dah jodoh dia. Tak apalah, InsyaAllah, ini kira panggilan untuk saya jugalah. Memang saya tak tunggu lama tapi yang pasti bukan tahun ini. Umur saya pun baru 27 tahun jadi saya tak tergesa untuk berkahwin. Intan pun faham mengenai perkara ini dan bagi saya dua tahun lagi. Jika dua tahun lagi saya tak kahwin, memang saya ‘loser’ lah,” kata Kamal

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top