Nad Zainal bersyukur dengan rezeki diterima
Walaupun masih baru dalam industri lakonan tanah air, namun, momentum dipersembahkan pelakon Nad Zainal cukup memberangsangkan. Bahkan, usaha keras Nad kini berhasil apabila dia tersenarai dalam `top 5' Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013).
Bersaing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama bersama dengan calon lain yang diakui hebat seperti Datin Paduka Umie Aida, Sherie Merlis, Sharifah Amani dan Nora Danish, nyata tak sedikit pun menggentarkan Nad.
Kata gadis berusia 23 tahun ini, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang. Baginya, sudah tersenarai dalam `top 5' pun satu rahmat dan dia sangat bersyukur. Justeru, kalau berpeluang menang pula, ia dianggap rezekinya.
"Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang bukan disebabkan masih kecewa dengan kekalahan pada tangan pelakon cilik, Putri Balqis yang berjaya meraih anugerah Artis Harapan Pantene pada ASK 2012 lalu, tetapi soal rezeki tak boleh dijangka.
"Apatah lagi, saingan saya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama kali ini boleh dikatakan semuanya nama besar dan bukan calang-calang calon, maka, siapalah saya untuk meletakkan harapan tinggi untuk diri sendiri.
"Bukan tidak yakin atau cepat mengalah, namun, saya lebih selesa tidak begitu memikirkan soal menang sebaliknya kehadiran saya pada malam anugerah itu nanti untuk bergembira serta memeriahkan majlis," katanya.
Turut bertindak sebagai pengacara ASK 2013 buat kali pertama, ia dipandang secara positif oleh Nad. Bagi pelakon yang popular menerusi drama adaptasi novel, Kampung Girl itu, ia peluang keemasan baginya mengetengahkan bakat pengacaraan.
Pun begitu, Nad yang kini dilihat sering muncul dalam drama ditayangkan stesen televisyen Media Prima Berhad (MPB) berkata dia bukanlah pelakon yang memilih stesen TV. Cuma, katanya semua itu adalah rezeki.
"Saya sebenarnya tak sangka pun banyak drama dilakonkan untuk tayangan TV3. Jadi, ia adalah rezeki dan saya bersyukur. Apapun, bukan niat saya untuk mengejar glamor dan populariti dengan berlakon drama untuk TV3 saja.
"Bagi saya, semuanya rezeki dan ia diterima dengan hati terbuka. Bahkan, saya juga tidak kisah jika ada `mulut-mulut nakal' yang mendakwa Nad kini adalah anak emas TV3. Biarlah apa orang nak kata kerana mulut manusia mana boleh nak ditutup.
"Apapun, rezeki saya dalam lakonan sekarang memang tak putus dan agak sibuk di lokasi penggambaran. Bahkan, saya juga tidak kisah sering menerima watak gadis bertudung kerana ia satu kebaikan pada diri.
"Mana tahu, selepas banyak melakonkan watak positif (bertudung) seperti itu ia akan membuka pintu hati saya untuk berhijrah imej pula. Semuanya kehendak Allah dan saya sentiasa bersedia untuk berubah ke arah kebaikan.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin berkata, walau pun dia belum lagi memilih untuk menutup aurat sepenuhnya, namun peminat tetap memberi maklum balas positif. Ujarnya, setakat ini tidak pula dia dihentam peminat.
"Sebagai pelakon, saya sentiasa berusaha merealisasikan setiap watak dilakonkan sebaik mungkin. Sama ada, watak itu memerlukan saya bertudung atau pun tidak, saya cuba menjiwainya dengan baik supaya peminat menerima mesej disampaikan.
"Bagaimanapun, saya juga tidak memilih watak. Sebagai pelakon baru yang giat menimpa pengalaman dan masih lagi belajar, siapa saya untuk bersikap terlalu memilih. Pada saya, asalkan watak itu sesuai sudah memadai," katanya.
Aktif juga dalam pementasan teater, Nad baru-baru ini menampilkan lakonan cemerlang menerusi Maduku Kalut di Istana Budaya (IB) yang dibintangi bersama Jihan Musa, Izzue Islam, Karl Shafek dan Sofian Bujang.
Masih bahagia di sisi Azwan
Selain karier lakonan yang semakin mendapat perhatian, Nad juga tidak terlepas daripada kisah kehidupan peribadi yang mencetuskan kontroversi.
Namun, semua itu di tepisnya dengan tenang tanpa perlu cepat melatah.
Selepas dikait meninggalkan lokasi penggambaran kerana enggan berlakon dengan bekas kekasih, Nad kemudiannya dituduh pula tinggal bersekedudukan dengan kekasih hatinya kini yang juga seorang pelakon baru, Azwan Kombos, 28.
Tidak hanya berhenti di situ, Nad sekali lagi dihimpit kisah kurang enak apabila diperkatakan pula hubungan cintanya dengan Azwan sudah putus. Sekali lagi, Nad perlu berdepan dengan kisah peribadinya yang menjadi perhatian.
Menjawab dengan tenang kisah itu, Nad berkata, semuanya adalah gosip tidak berasas. Katanya, dia sudah malas hendak melayan segala gosip itu dan apa yang pasti hubungan cintanya dengan Azwan masih lagi berjalan lancar.
"Kalau ikutkan saya sudah malas hendak menjawab mengenai perkara membabitkan gosip cinta ini lagi. Bukan apa, hubungan saya dan Azwan baikbaik saja. Jadi, saya tidak tahu mengapa hubungan cinta kami sering diperkatakan.
"Terus-terang, saya katakan lebih selesa berkongsi cerita mengenai perkembangan karier lakonan kepada peminat. Saya mahu peminat lebih mengenali saya menerusi bakat lakonan dan bukannya pada kisah cinta semata-mata.
"Walaupun saya sedar gosip adalah lumrah kehidupan seorang artis. Namun, boleh saya memang tak mahu terus dikaitkan dengan gosip sebegini. Saya masih baru dalam arena lakonan ini dan beri saya peluang tonjolkan bakat sebenar," katanya.
Bakal muncul dengan filem Kami Histeria di pawagam tidak lama lagi, Nad berkata, dia juga tidak terlalu mengejar tawaran ke layar perak. Katanya buat masa ini, dia terima apa saja peluang berlakon terutama drama.
Mengakui berlakon drama lebih mendekatkan dirinya kepada penonton, Nad berkata, sama ada berlakon drama atau filem, kedua-duanya memberikan kepuasan berbeza. Namun, berlakon filem baginya memberi cabaran yang besar.
Menurut Nad lagi, berlakon filem sebenarnya memberi cabaran kepada pelakon dalam memastikan kemampuan populariti diri membantu menarik penonton ke pawagam. Katanya, situasi itu sama sekali berbeza dengan kelompok penonton drama yang sememangnya sudah sedia ada.

0 ulasan:
Catat Ulasan