Yuna tutup terus Instagram
"Belajar daripada kesilapan lalu membuatkan saya kini lebih selesa tidak terlalu membicarakan kisah peribadi kepada umum. Apapun, perkembangan hubungan saya dengan dia (Jules) biasa-biasa saja.
"Saya juga selesa dengan tindakan menutup terus laman Instagram yang dibuat sejak beberapa bulan lalu," kata penyanyi terkenal negara, Yuna yang ditemui pada majlis pelancaran album Inggerisnya, Yuna Nocturnal di ibu pejabat Google Malaysia di sini, semalam.
Enggan membicarakan perihal hubungan rapatnya dengan jejaka Inggeris yang dikenali sebagai Jules itu, Yuna berkata kini dia menjadi seorang yang 'cukup berahsia' mengenai kisah peribadinya.
Mengulas pula mengenai tindakan menutup laman Instagram itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, berkata ia dilakukan demi menjaga privasi diri dan juga faktor keselamatannya.
Apatah lagi, kata Yuna dirinya juga terdedah menjadi mangsa 'stalker' yang mengintai setiap gerak-gerinya.
Sehubungan itu, bagi ketenteraman diri dan keselamatan dia berasa lebih baik akuan itu ditutup.
Mengakui pada mulanya dia berasa rindu juga pada laman Instagram yang ditutup itu, namun kini semuanya sudah kembali menjadi normal dan dia lebih selesa.
"Buat masa sekarang, memang saya tak kisah pun tiada laman Instagram sendiri yang menjadi ruang berkongsi diari rutin kehidupan untuk kepada peminat.
"Apa yang pasti, sekarang saya lebih sukakan privasi diri dan sejak laman Instagram itu ditutup setiap gerak-geri saya tidak menjadi perhatian umum. Saya lebih fokus pada kerjaya saja," katanya.
Teruja dengan kemunculan album Inggeris solo impiannya selama ini, Yuna berkata: "Kini saya sangat sibuk dalam menjayakan pelbagai urusan promosi album itu di Amerika Syarikat."
Memuatkan 11 lagu yang secara keseluruhannya dihasilkan oleh Yuna sendiri, album Yuna Nocturnal sudah dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 29 Oktober lalu.
Yuna berkata, penerimaan peminat terhadap albumnya itu amat positif dan menggalakkan sejak ia dilancarkan.
Album Yuna Nocturnal yang mengambil masa enam bulan dihasilkan Yuna memuatkan lagu seperti Falling, Mountains, Rescue, I Want You Back, Escape, I Wanna Go, Come Back dan Someone Who Can.
Yuna kini berulang-alik ke AS untuk promosi albumnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan