Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor terkilan apabila filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas yang diberi judul No.1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal masih belum siap.
Muszaphar berkata, filem rakaman perjalanannya ke angkasa lepas selama 10 hari pada tahun 2007 itu sepatutnya ditayangkan pada Mac lalu namun perlu dirombak semula apabila dia tidak berpuas hati mengenai beberapa perkara dalam pembikinan tersebut.
"Filem itu telah dihasilkan secara dokumentari menerusi arkib rakaman sepanjang proses saya ke angkasa lepas.
"Apabila menonton filem itu, saya kurang berpuas hati dan mahukan ia dijadikan sebagai sebuah filem cereka.
"Kiranya filem itu akan dilakonkan semula dan setakat pengarahnya, Imran Ismail masih lagi mencari pelakon yang sesuai untuk membawakan watak saya," katanya.
Tambah Muszaphar, dia berharap, para peminat dapat bersabar menantikan naskah filem tersebut yanh dijangka akan siap selewat-lewatnya pada hujung tahun depan.
Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.
No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007. ~ mstar

0 ulasan:
Catat Ulasan