Pengacara Anugerah Skrin 2013
Pengacara Awal Ashaari akan bergandingan dengan Faizal Ismail sebagai hos malam kemuncak Anugerah Skrin 2013.
Selain mereka, acara yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam itu turut dijayakan oleh pelakon Nad Zainal.
Sementara itu, acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bersama dua pemenang dari Pertandingan Pantene Star Search.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, tema untuk penganjuran yang memasuki edisi ke-15 itu adalah kaca.
"Tema kaca dipilih kerana ia bersesuaian dengan elemen drama dan filem yang dipertandingkan iaitu refleksi kisah sebenar serta realiti hidup manusia," katanya pada sidang akhbar anugerah berkenaan di sini hari ini.
Katanya, penganjuran itu bukan sekadar memberi ruang kepada penggiat seni memperkembangkan bakat, malah menggalakkan mereka berusaha gigih untuk berkarya secara kreatif bagi memartabatkan hasil seni negara.
"Para penggiat seni dan karyawan tanah air harus sentiasa bersikap optimis dan menggunakan semua platform media yang ada untuk terus berkarya," kata.
Sementara itu, antara barisan artis yang akan memeriahkan malam itu adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Waris, DJ Fuzz, Azlan & The Typewriter, Hafiz dan Adira. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:
Catat Ulasan