Rozita Che Wan dan Zain Saidin umum 11 Disember tarikh pernikahan

Pasangan sensasi Rozita Che Wan, 42 tahun dan Zain Saidin, 29 tahun memilih tarikh 11 Disember sebagai tarikh pernikahan mereka.

Majlis pernikahan itu akan diadakan pada pukul 7.30 malam bertempat di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

Pengumuman tarikh dan lokasi majlis perkahwinan pasangan itu dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam sebentar tadi.

Sementara itu, tarikh 13 Disember pula menjadi pilihan pasangan itu untuk diraikan dalam satu majlis resepsi besar-besaran yang bakal diadakan pada pukul 8 malam di Dewan Banquet, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

Di majlis yang sama, pasangan itu turut mengumumkan jumlah wang hantaran untuk pihak pengantin perempuan yang berjumlah RM23,200.

Berlangsung selama tiga malam, pengacara program bual bicara Primadona itu turut melangsungkan satu majlis berinai pada pukul 8 malam bertempat di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Dianggarkan pasangan itu membelanjakan lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan tersebut dan lebih kurang RM900,000 datang daripada pihak yang sudi menaja majlis perkahwinan itu.

Kisah percintaan Rozita yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak dan Zain yang masih bujang mula dihidu media sekitar tahun 2012.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top