Pelakon Johan As'ari yang kini intim dengan penyanyi Shila Amzah sejak Aidilfitri lalu enggan terburu-buru merancang hala tuju hubungan mereka.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arif As'ari, 27, berkata, ketika ini dia memilih untuk tidak bercerita lanjut mengenai masa depan hubungan itu memandangkan mereka baru saja berkawan rapat.
"Memang kami rapat, baik dan serius berkawan sejak lepas Hari Raya (Aidilfitri) lalu. Saya atau Shila takkan sorok, tapi buat masa ini saya hanya boleh cakap kami berkawan dulu.
"Dia ada masa depan cerah dalam kerjaya. Sebagai kawan saya sokong dia untuk fokus dan kejar impiannya. Biar dia balas budi dan berbakti pada ibu bapanya sebelum fikir soal cinta.
"Jodoh itukan rahsia dan milik Allah. Kalau ada jodoh kami, insya-Allah," katanya mengulas keterbukaan Shila memberikan pelbagai pembayang mengenai hubungan mereka dalam media kebelakangan ini.
Aktor filem Balada Pencinta itu berkata, bagaimanapun dia tidak mahu mencanangkan hubungan itu walaupun sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu mencari gadis untuk dijadikan tunangnya sebelum hujung tahun ini.
Katanya, keintiman dengan juara pertandingan Asian Wave 2012 itu bukan jaminan mereka akan bersatu kecuali dengan izin Allah.
"Memang betul saya pernah bercakap nak cari pasangan tunang, tetapi saya sangat sibuk dengan kerja sekarang. Susah nak ulas mengenai soal jodoh.
"Saya tak boleh letak harapan terlalu tinggi walaupun Alhamdulillah kehadiran saya diterima baik keluarga Shila. Saya akui sayangkan dia, tetapi bukan cinta. Biarlah sayang sebagai kawan sebab cinta terlalu tinggi dan besar ertinya," katanya.
Johan berkata, kesederhanaan dan sikap selamba dimiliki Shila membuatkan hatinya tertawan untuk mendekati anak gadis kepada penyanyi ND Lala itu.
"Dia bertudung, tapi sikapnya sangat sempoi, selamba dan 'rock', macam sikap Abil (Nabila Huda) juga. Dalam kerja pula, Shila seorang yang kreatif dan bekerja keras.
"Kriteria itu membuatkan saya tertarik padanya," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Istidraj Cinta. ~ Metro

0 ulasan:
Catat Ulasan