Syarat ketat majlis perkahwinan Rozita dan Zain
Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah, menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.
Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu.
Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir.
Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro. Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.
Hantaran dalam peti harta karun
Berikutan jumlah tetamu undangan sangat terhad, majlis perkahwinan Rozita dan Zain hanya terbuka kepada individu tersenarai. Mereka yang tidak mempunyai kad jemputan, tidak akan dibenarkan masuk. Begitulah ketatnya peraturan untuk menghadiri majlis pasangan ini.
Selain itu, isu keselamatan pada majlis perkahwinan Rozita dan Zain turut menjadi topik bualan ramai. Pada majlis berkenaan, Rozita akan menggayakan barang kemas bernilai RM10 juta, selain koleksi hantaran mewah yang dikatakan diletakkan dalam peti harta karun menggantikan dulang hantaran yang akan dibawa ke lokasi majlis.
Koleksi barangan mewah antara lain merangkumi kasut dan tas tangan jenama berprestij pasti dijaga pengawal keselamatan dengan ketat. Ini memungkinkan kawalan keselamatan di pintu masuk Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dipertingkatkan dengan hanya individu tertentu dibenarkan masuk.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkata syarat dikenakan kepada tetamu dan media yang diundang bukanlah berniat menyusahkan mana-mana pihak.
Sebaliknya, Rozita berkata, dia hanya mahu majlis dirancang berlangsung sempurna.
"Mengenai larangan membawa jurugambar, kami sekadar mahu memudahkan pihak media dan menjadikan sesi fotografi lebih teratur.
"Selepas 30 minit majlis tamat, kami akan memastikan setiap organisasi media akan mendapat gambar menarik untuk disiarkan," katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman butiran majlis perkahwinannya di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Shah Alam, petang kelmarin.
Mengenai larangan stesen televisyen lain membuat liputan, pengurus Che Ta yang dikenali sebagai Afeeq berkata, ia adalah peraturan biasa yang perlu dipatuhi apabila sesebuah majlis menjadi hak milik eksklusif sebuah stesen televisyen.
"Ini bukan perkara baru kerana sebelum ini pun Astro pernah memperkenalkan syarat yang sama ketika mendapat hak penyiaran ekslusif majlis perkahwinan artis lain," ujarnya.
Tetap keluarkan belanja sendiri
Rozita berkata, biarpun majlis perkahwinannya mewah dengan tajaan, mereka tetap mengeluarkan belanja sendiri.
"Untuk barang hantaran dan artis yang membuat persembahan, kami guna duit sendiri. Lagi pun, tidak semua tajaan yang datang kami terima.
"Ada yang terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dan bertindih dengan penaja lain," katanya.
Dengan penajaan yang tinggi, pasti ada suara nakal yang mendakwa Zain sekadar menumpang tuah populariti bakal isterinya.
Menjawab pertanyaan itu, Zain yang juga pelakon Oh! My English, tidak kisah dengan tanggapan begitu.
"Memanglah kalau sebut pasal perkahwinan, artis wanita selalunya yang akan menjadi perhatian. Saya tak kisah," katanya.
Bagaimanapun, tegas Rozita, status Zain sebagai pelakon tidak boleh diketepikan. Dia juga menjadi penyebab ramai berminat menaja majlis perkahwinan mereka.
Gaun pengantin ratusan ribu ringgit
Majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Gazebo di Pusat Konvensyen Setia City, bakal menyaksikan pasangan ini menyarung busana hasil sentuhan pereka terkenal, Man Kajang.
Man Kajang berkata, Che Ta akan mengenakan kurung moden potongan duyung yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit.
"Pada malam itu, tubuh Rozita akan disaluti baju kurung moden potongan duyung rona putih yang tekstilnya ditaja oleh Jakel.
"Zain pula akan memakai baju satin. Rozita juga akan memakai mahkota dan layah sepanjang enam meter," katanya menceritakan persalinan yang direka untuk kedua-dua mempelai.
Hantaran tidak ditaja
Selain ditugaskan menyediakan busana pengantin, pereka ini juga turut bertanggungjawab menghasilkan hiasan hantaran.
"Hantaran mereka adalah sembilan dulang berbalas sembilan. Warna yang dipilih bagi pihak perempuan adalah biru Tiffany, putih serta dihiasi bungaan yang diimport dari luar negara.
"Bagaimanapun, untuk hantaran, ia bukan ditaja, tetapi kosnya dikeluarkan mereka sendiri.
"Rozita memilih konsep peti harta karun untuk meletakkan barangan hantarannya. Ini kerana setiap barang jumlahnya melebihi daripada satu set," kata Man.
Komen Rozita
Bilangan tetamu terhad
"Hanya ada satu majlis resepsi yang akan kami adakan. Jemputan terdiri daripada keluarga terdekat, rakan artis dan media terpilih. Mereka perlu membawa kad jemputan sebelum dibenarkan masuk".
Hantaran
"Masa kahwin kali pertama dulu saya dapat serba satu, kali ini saya memang mahu lebih daripada itu. Kalau dulu dapat sepersalinan pakaian dan sepasang kasut, kali ini saya dapat lima persalinan dan lima pasang kasut. Minyak wangi saja ada 10 botol. Semua barang hantaran ini saya letak dalam peti".
Dapat banyak tajaan
"Bukan saya yang cari mereka (penaja) tetapi mereka yang datang cari kami. Orang nak taja, kami terima saja dan bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan mereka".
Komen negatif yang bakal diterima
"Biarlah mereka nak kata apa pun, bukan mereka yang bagi saya makan".
Perancangan selepas berkahwin
"Masih mahu berlakon, tetapi hanya di sekitar Kuala Lumpur. Tak mahu tinggalkan suami. Memasak pula hanya hujung minggu saja".
Reaksi
Asal jangan membazir
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
"Bukan satu kesalahan melaksanakan majlis perkahwinan mewah andai berkemampuan, tetapi kalau boleh biarlah jangan sampai membazir.
Majlis istimewa sempena pernikahan seharusnya berbalik kepada konsep asal iaitu mencari keberkatan Allah, terutama menjaga kerukunan serta keharmonian rumah tangga.
Sebagai figura yang sering menjadi tumpuan, tentu saja mereka mendapat perhatian ramai, apatah lagi menjelang hari bersejarah seperti perkahwinan. Memang tidak salah mengadakan majlis lebih gah, namun kena ikut kemampuan.
Macam dulu, kita boleh lihat majlis pernikahan dan persandingan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, yang nampak hebat. Pada masa sama, dia juga banyak menyumbang kepada golongan memerlukan, selain melakukan kerja amal, bermakna dia berkemampuan.
Apa pun, paling penting adalah mencari keberkatan Allah. Insya-Allah, pernikahan dan majlis beroleh keberkatan-Nya."
Perkahwinan Rozita dan Zain
* Majlis dikendalikan dua pengacara terkenal. Untuk majlis nikah, ia dihoskan Ahmad Fedtri Yahya, manakala majlis persandingan menampilkan Datuk Mahadzir Lokman.
* Pada malam persandingan, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian Ziana Zain, Ayu OIAM dan Sabhi Saddi melalui lagu Cinta Sesungguhnya yang juga menjadi lagu tema majlis perkahwinan mereka.
* Rozita dan Zain akan menayangkan secara eksklusif gambar praperkahwinan yang dirakamkan di London, Paris dan Bali pada majlis bersejarah itu.
~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan