Ariana Rose Sinopsis Drama (adaptasi novel The Wedding Breaker)
Ariana Rose mengisahkan Ariana Rose (Nur Fathia) yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam (Keith Foo) pada majlis pernikahan Tengku Adam dengan Tengku Juwita (Tasha). Ariana bersetuju untuk `berlakon' kononnya mengandungkan anak Tengku Adam demi menyelamatkan sahabat baiknya, Tengku Juwita daripada berkahwin dengan `kaki betina' itu. Tengku Adam tidak berpuas hati dengan tindakan Ariana dan cuba menjeratnya.
Biarpun berjaya membatalkan perkahwinan itu, tindakan Ariana menyebabkan satu demi satu konflik berlaku termasuk yang menjejaskan reputasi keluarga ternama itu. Ariana menjadi korban dan mangsa rogol Tengku Adam.
Dari situ Tengku Adam mengetahui Ariana masih suci. Ariana bejaya menghilangkan diri selepas peristiwa hitam itu. Pada masa sama, seorang eksekutif bernama Harith cuba mendekatinya. Ariana yang bertugas sebagai seorang pegawai khas di sebuah jabatan tidak dapat menyembunyikan diri daripada Tengku Adam apabila terpaksa membuat pembentangan kertas kerja kepada seorang CEO bagi mendapatkan dana. Ariana terkejut apabila mendapati CEO itu ialah Tengku Adam.
Maka, luka lama Ariana berdarah kembali. Pada masa sama, keluarga Tengku Adam sudah mendapat maklumat mengenai Ariana dan menghantar rombongan untuk bertemu keluarga Ariana, tokoh perniagaan di Pantai Timur.

0 ulasan:
Catat Ulasan