Lana Nordin akan bertudung demi Johan?

Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.

Menurut sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih hati, Johan As'ari, 27.

"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Lana Nordin

"Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!" jelas sumber itu kepada Utusan Online.

Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.

Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. - UTUSAN ONLINE



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top