Pelakon dan pengacara Fizo Omar menafikan majlis pertunangan di rumah bakal isterinya Mawar Abdul Karim, 24, dan disiarkan secara langsung di rancangan bual bicara pagi Nasi Lemak Kopi O (NLKO), TV9 semalam berniat untuk menunjuk-nunjuk.
Apatah lagi, pada majlis berlangsung meriah sehari sebelum pasangan ini dinikahkan di lokasi sama, turut menerima liputan besar-besaran daripada wakil media.
Pada majlis itu Fizo menyerahkan lima dulang hantaran berbalas sembilan berupa manisan.
Sebelum ini, ada antara artis tempatan merahsiakan pertunangan dengan alasan kurang manis jika ia diuar-uarkan dan majlis sepatutnya hanya membabitkan ahli keluarga rapat kedua-dua pihak.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Fizo berkata sebagai selebriti ia dilakukan demi peminat, tambahan pula sebagai ahli perniagaan, Mawar juga mempunyai ramai kenalan.
"Ramai yang mahu datang menyaksikan majlis pertunangan kami. Kalau semuanya hadir bimbang nanti kami tidak terlayan. Jadi dengan menyiarkan majlis pertunangan di TV9 dan laporan media, peminat dan kenalan boleh menyaksikannya," katanya.
Fizo berkata, apa yang dilakukan ini tidak salah demi berkongsi kegembiraan dengan peminat yang sentiasa ingin tahu perkembangan dirinya sama ada kerjaya mahupun peribadi.
"Pada saya menyiarkan majlis pertunangan kami tidak menjadi kesalahan sehingga mendatangkan dosa. Apatah lagi perkara baik memang seharusnya dikongsi. Pinta kami, apabila ramai yang mengetahuinya, doakan majlis dirancang berjalan lancar," katanya.
Menjelaskan pandangan sinis mendakwa Fizo memilih Mawar sebagai isteri kerana gadis itu anak kepada pengusaha tudung ternama, katanya, tuduhan itu agak keterlaluan.
"Selain berlakon dan mengacara, peminat sendiri tahu saya mempunyai pelbagai cabang perniagaan termasuk terbaru Hot Burger yang kini sudah mempunyai 70 gerai. Akhir tahun ini perniagaan saya bakal ada 100 gerai. Dinilai dari sudut itu, walaupun tidak kaya raya, perniagaan saya semakin berkembang.
"Saya ada duit sendiri dan tak pernah terlintas untuk menumpang kesenangan orang lain. Tuduhan mengatakan saya hanya mahu berkahwin dengan anak orang kaya amat melampau," katanya.
Sebaik mengumumkan majlis pertunangan dan pernikahan, pelbagai cerita timbul membabitkan Fizo dan Mawar. Tambahan pula sebelum ini rakaman video lamaran dibuat pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Bio-Nik itu terhadap Mawar di panggung wayang dan dimuat naik ke laman sosial Youtube menerima kecaman daripada segelintir pihak yang mendakwa ia agak kebaratan dan tidak mengikut adat.
Menjelaskan perkara itu, kata Fizo, ia dilakukan sebagai kenangan. Dakwaan seperti itu timbul kerana mereka tidak tahu bahawa sebelum lamaran dibuat ahli keluarganya terlebih dulu menghantar rombongan untuk merisik Mawar.
Sementara itu, Mawar berkata dia sedikit pun tidak terganggu dengan segala dakwaan dan isu yang cuba ditimbulkan membabitkan hubungan mereka.
Walaupun bakal menjadi isteri selebriti yang terdedah kepada gosip dan kontroversi, gadis yang menguruskan perniagaan tudung milik keluarganya itu menyifatkan perkara seperti itu turut berlaku dalam kerjayanya.
"Saya pula memang tidak mempunyai akaun media sosial seperti Twitter mahupun Instagram. Malah Facebook pun saya jarang buka kerana sibuk dengan perniagaan. Disebabkan itu saya tidak pernah terkesan dengan dakwaan pihak tertentu.
"Pada saya, apa juga berlaku Fizo lebih tahu. Saya mengenali Fizo sebagai Wan Hafizol Wan Omar dan bukan seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai," katanya.
Mengenai majlis pernikahan bakal berlangsung jam 10 pagi ini, pasangan berkenaan merahsiakan jumlah hantaran. Bagaimanapun mereka tidak menafikan ia melebihi RM50,000.
"Saya tahu selepas ini wang hantaran yang diberikan kepada Mawar juga akan dijadikan isu. Sebab itu kami tidak mahu mendedahkannya terlebih dulu. Biarlah ia diketahui selepas majlis pernikahan kami selamat dijalankan," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan