Selepas menyulam cinta hampir tiga tahun, juara program realiti Mentor Musim Pertama Nabil Zamanhuri, 26, akhirnya memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati Adelia Citra Hapsari, 25, dengan mengikat tali pertunangan, baru-baru ini.
Majlis itu diadakan secara ringkas di sebuah restoran di Ampang yang dihadiri ahli keluarga serta sahabat rapat pasangan itu.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang berkenalan ketika di universiti bakal melangsungkan perkahwinan mereka di Kuala Lumpur pada 29 Mac tahun depan.
Bercerita mengenai kisah percintaan mereka, Nabil memberitahu dia dan Adelia yang berasal dari Surabaya, Indonesia adalah rakan sekelas ketika menuntut di Universiti Multimedia dalam bidang Filem dan Animasi pada 2005.
"Tahun itu saya melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dan mengenali Adelia kerana dia sama kelas dengan saya.
"Pada masa itu, kami hanya berkawan biasa sebelum mula rapat dan kemudian bercinta pada 2010," katanya.
Menurutnya, sikap Adelia yang baik hati, rendah diri dan belas kasihan terhadap golongan susah menyebabkan dia tertarik dengan wanita itu yang dianggapnya insan paling istimewa dalam hidupnya.
"Adelia suka membantu orang yang dalam kesusahan dengan memberi sedikit wang kepada peminta sedekah selain turut menyalurkan bantuan sama kepada pihak yang memerlukan di Internet. Selain itu dia pandai tenangkan saya apabila berhadapan dengan masalah," katanya.
Nabil berkata, perbezaan bahasa bukan menjadi masalah untuk mereka berkomunikasi, cuma perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan budaya hidup masing-masing.
"Pada mulanya, Adelia ada sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup sosial dan pekerjaan saya namun lama kelamaan dia memahami dan dapat membiasakan diri," katanya.
Katanya, dia dan Adelia sebenarnya sudah merancang untuk nikah terus namun memutuskan untuk membuat perikatan sah dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac depan.
Minat bekerja di belakang tabir
Bercerita mengenai perkembangan kariernya, Nabil memberitahu dia kini dalam proses pembikinan single terbarunya yang akan dikeluarkan tahun depan.
"Saya sudah ada beberapa lagu yang liriknya adalah hasil nukilan sendiri cuma belum membuat pilihan lagi," katanya.
Katanya, sejak tamat Mentor dia sudah mengeluarkan lima single dari 2005 hingga tahun lalu dan bercadang membuat album sekiranya single terbaru itu mendapat sambutan.
"Selain nyanyi, saya kini membuat kerja `freelance' dalam Visual Effects untuk pembikinan filem.
"Terbaru, saya sedang bekerjasama dengan pengarah Nik Amir yang mengarahkan filem Kil untuk filem terbarunya yang dijangka ditayangkan tahun depan," katanya.
Dari segi lakonan pula, Nabil mengakui dia masih memerlukan pengalaman yang banyak dalam bidang itu namun buat masa ini lebih berminat bekerja di belakang tadbir.
"Masih banyak yang perlu saya pelajari berkaitan lakonan walaupun pernah memegang watak kecil dalam drama bersiri Cinta Strawberi dan Coklat serta Inspirasi Varsiti.
"Kalau ada pihak memberi tawaran lakonan, saya akan terima sekiranya watak diberikan bersesuaian," katanya.
Bagaimanapun, Nabil berkata buat masa ini, dia mahu memberi tumpuan terhadap kariernya dalam muzik dan pembikinan filem.
Lagu single pertama Nabil berjudul Hati Ini dikeluarkan pada 2005 diikuti dengan Hey Emma (2006), Dari Jauh (2009), Halimunan (2010) dan Cinta Bahagia (2012).
Nabil turut memenangi beberapa anugerah iaitu Asia Most Promising Artist di Shanghai Song Festival, Beijing pada 2010 dan Audience Choice Award untuk filem pendek pertamanya berjudul Ganggu.
~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan