“Saya harap dia berpijak di bumi yang nyata. Terimalah qada dan dadar ALLAH SWT. Itu adalah ketentuan Tuhan!,” tegas Rabecca Nur Al-Islam Ahmad bagi mengulas kenyataan Eirma Fatima yang bercadang membawa kes saman itu ke mahkamah tinggi.
Jelas Rabecca, dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan setelah lebih lima bulan turun naik mahkamah.
"Itu hak dia. Sebelum ini pun, mahkamah dah tentukan saya berada di pihak yang benar. Jadi, kita tunggu sajalah,” katanya pada Zass.
Bagaimanapun, Rabecca kesal dengan beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh pemilik Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu menerusi sebuah akhbar tempatan semalam.
Rabecca berkata, isu kontrak tidak sepatutnya dipersoalkan lagi memandangkan ia sudah ditandatangani atas persetujuan bersama sebelum ini.
“Dalam perjanjian itu, saya dimaklumkan akan berlakon sehingga 28 episod. Tetapi, di saat-saat akhir, saya disingkirkan atas alasan yang tak munasabah.
“Memang itu hak dia untuk singkirkan saya. Tapi sebagai pelakon, hak saya telah diketepikan kerana tidak dimaklumkan!.
“Lebih teruk lagi, saya pula dituduh tak berdisiplin. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya sebab produksi lain takut nak ambil saya berlakon,” katanya.
Rabecca berkata, meskipun dia berlakon untuk 19 episod namun, ia cuma menerima bayaran sehingga 17 episod sahaja. Malah, tuntutan baki bayaran untuk 11 episod yang selebihnya dilakukan demi memenuhi haknya ke atas kontrak asal.
“Saya terkilan kerana dia (Eirma) menuduh saya tidak membawa berbincang perkara ini terlebih dahulu.
“Sedangkan, sebelum saya mengeluarkan surat saman, saya berkali-kali menghubunginya sama ada melalui panggilan, SMS atau BBM. Tapi, dia langsung tidak melayaninya,” katanya.
Dalam pada itu, Rabecca memberitahu dia akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Rabecca memenangi kes saman ke atas penerbit itu kerana gagal melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya untuk drama berjudul Dejavu di Kinabalu yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, tahun lalu.
Dia memfailkan saman itu di mahkamah majistret sivil dua tahun lalu, di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners.

0 ulasan:
Catat Ulasan