Anita Sarawak bakal menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 April depan bersama Noryn Aziz dengan tema Divas Las vegas.

Selain dapat menyaksikan persembahan hebat dua penyanyi itu, tetamu yang hadir bakal berpeluang membawa pulang cenderamata menarik serta hadiah-hadiah lumayan bernilai hampir RM100,000 yang ditaja oleh Empire Classic Furniture dan Elegance Club.



"Pada persembahan itu nanti, saya akan memberi beberapa soalan kepada tetamu dan mereka pasti boleh jawab soalan itu jika mereka benar-benar peminat saya.

"Jika jawapan itu dijawab dengan betul, mereka akan mendapat hadiah. Malah mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang lumayan nilainya." katanya.

Tiket berharga RM550, RM490 dan RM420 setiap orang boleh ditempah menerusi talian 03-5518858, 03-55118814 atau 019-3053858 (Rawi). Tempahan juga boleh dibuat terus di Ticket Charge Hotline di talian 03-92228811 atau layari laman web rasmi Ticket Charge www.ticketcharge.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top