|
ALOR SETAR – Kegembiraan seorang bapa menghidangkan juadah istimewa, cendawan busut untuk keluarganya membawa padah apabila kesemuanya dikejarkan ke hospital petang kelmarin akibat keracunan.
Mangsa yang masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini ialah Mahdzir Baharom, 53, serta tiga anaknya iaitu Siti Nor Hidayah, 22, Siti Nor Baizuri, 17, dan Syafiqah, 13.
Sementara isteri Mahdzir, Faridah Yusof, 50, dibenarkan pulang ke rumah lewat malam kelmarin apabila keadaannya yang tidak serius.
Mahdzir ketika ditemui di wad HSB berkata, dia tidak menyangka tindakannya mengutip dan memasak cendawan busut atau turut dikenali sebagai cendawan tahun untuk hidangan tengah hari mengakibatkan dia sekeluarga terlantar di hospital.
“Saya nampak cendawan ini tumbuh segar di tepi sungai, kira-kira 200 meter dari rumah dan terus mengutipnya kerana cendawan ini hanya tumbuh setahun sekali pada musim hujan sahaja.
“Kemudian, saya bawa pulang kira-kira 500 gram cendawan tahun itu, bersihkan dan goreng dengan cili,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, dia merupakan orang pertama menjamah hidangan iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum keluar berniaga ais kacang di sekitar Kota Sarang Semut, dekat sini pada pukul 2 petang.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan