![]() |
| |
KUALA LUMPUR – Pasukan yang sudah mendaftar dan menjelaskan yuran penyertaan kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 berpeluang menggunakan gelanggang Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya untuk sesi latihan dengan kadar bayaran sewa istimewa.
Seorang jurucakap urus setia Rentap Futsal Putrajaya yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, mana-mana pasukan yang mengesahkan penyertaan dan membayar yuran sebelum 14 Mei lalu akan menikmati kadar sewa gelanggang serendah RM20 untuk satu jam manakala pasukan yang berbuat demikian selepas tarikh itu dikenakan sewa RM30 satu jam.
"Tempahan kini dibuka kepada mana-mana pasukan untuk menjalankan latihan memanaskan badan dan menguji serta memperbaiki kemahiran masing-masing sebelum hari kejohanan yan bermula kira-kira seminggu lagi.
"Syaratnya mereka mestilah sudah mengesahkan penyertaan dan membayar yuran pada tarikh yang ditetapkan," jelasnya.
Katanya, gelanggang tersebut hanya boleh digunakan untuk sesi latihan selama empat hari iaitu dari 22 Mei hingga 25 Mei sebelum kejohanan berlangsung pada 26 mei.
Untuk tempahan gelanggang, ketua atau pengurus pasukan masing-masing boleh menghubungi urus setia Rentap Futsal Putrajaya di talian 03-337 20811 atau 013-216 4455, 013-216 4466 dan 013-216 4499.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa

0 ulasan:
Catat Ulasan