Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.

~ peragut sekarang makin kejam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top