Lebuh Raya Smart yang ditutup kepada lalu lintas sejak pukul 6.11 petang semalam, dijangka dibuka semula kepada pengguna seawal-awalnya malam esok, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd Mohd Fuad Kamal Ariffin.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi arahan supaya lebuh raya ditutup semalam berikutan pelepasan air banjir ke dalam takungan Terowong Smart.

"Kini kedua-dua dek atas dan bawah dipenuhi air banjir dan berdasarkan kepada maklumat, air akan berada di dalam sistem takungan Terowong Smart selama satu ke dua hari sehingga proses mengepam air keluar selesai,” katanya.

Mohd Fuad berkata, proses pembersihan kawasan lebuhraya itu dijangka bermula esok. Untuk pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART dengan menelefon 1-300-88-7188 atau layari laman web Smart di www.smarttunnel.com.my — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top