MENUNGGU kelahiran anak pertama, Penyanyi Mariah Carey dikhabarkan menikmati hiburan secara mewah.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Hero ini dikatakan berhibur bersama sahabat-sahabatnya tanpa ditemani suami tercinta, Nick Cannon.
Dia memilih sebuah resort mewah Terranea di Palos Vardes, California untuk melihat ikan lumba-lumba iaitu binatang yang paling digemarinya.
“Saya suka laut dan ikan lumba-lumba, tapi saya tidak pernah bermimpi untuk melihat ikan lumba-lumbar liar sepanjang hari seperti ini,” katanya seperti dipetik Showbizspy.com.
Selain itu, Mariah mengakui pemandangan resort tersebut sangat menawan dan tidak akan dilupakan.
“Pemandangan begitu indah hingga tidak terlukiskan keindahannya,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan