Pidato 1Malaysia bukan Melayu di Sipitang 2 April 2011

Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat negeri Sabah bagi peserta bukan Melayu akan diadakan di Sipitang pada 2 April ini.

Pengarah Penerangan negeri, Almain Ajirul memberitahu, enam orang bersaing untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan Mei ini.

Menurutnya, pertandingan pidato itu bertujuan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan bahasa kebangsaan,'' katanya di sini, baru-baru ini.

''Sipitang dipilih kerana ia juga tuan rumah Program Sepakat Bestari, Program Juara Rakyat dan persembahan Pentarama yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 April,'' katanya.

Juara pidato akan menerima hadiah RM1,500, naib juara (RM1,000) dan ketiga (RM500). — BERNAMA

0 ulasan:

Sila komen Pidato 1Malaysia bukan Melayu di Sipitang 2 April 2011

Home
 
Pidato 1Malaysia bukan Melayu di Sipitang 2 April 2011

Home | Disclaimer | Contact