Adoi apa nak jadi dah ni, belum kahwin lagi dah kena sepak terajang, belasah, tendang, tamparan maut dan dipukul bertalu-talu oleh kekasih sendiri. Itulah yang terjadi kepada pelakon Si Capik dan Halimah Jongang, Sheera Iskandar. Tapi ini sekadar informasi yang belum dipastikan lagi empunya badan. Kalau betul perkara seperti ini terjadi, bagus break sahajalah Sheera, ramai lagi lelaki kat luar tue yang baguih2.. huhu..

[Image: sheera-boyfriend-anak-aznah-hami-2.jpg]

adakah ini kekasih yang dimaksudkan oleh Raja dalam artikelnya dibawah?

Quote:Raja terkedu mendengar cerita kurang enak mengenai Sheera dan kekasihnya, baru-baru ini. Kalau daripada mulut orang lain, mungkin Raja tidak percaya dan menganggapnya fitnah yang mahu mengucar kacirkan hubungan mereka tetapi apabila Sheera sendiri membuka mulut meluahkan keluh kesah hatinya yang sering dibelasah oleh buat hatinya itu, Raja memang terkedu.

Bagaimanapun, Raja tidak mahu percaya seratus peratus selagi tidak mendengar daripada mulut empunya diri.

Khabarnya, teruk juga Sheera dibelasah, dia ditendang, ditampar dan dipukul bertalu-talu, tetapi mujurlah tidak cedera teruk. Mukanya lebam dan perutnya sakit, betul ke Sheera? Ini khabar yang Raja dengar. Kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di ibu kota hinggakan Sheera terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Raja dengar kejadian pukul memukul bukanlah perkara baru, malah Sheera kerap kali kena bantai hingga kaki naik ke muka. Iye ke, takkan sampai macam tu… kalau cerita ini betul, Raja berharap Sheera mahupun kekasihnya tidak berkecil hati dengan pendedahan ini.

Malah, Sheera boleh buat laporan polis kerana diri dicederakan secara fizikal. Raja bukannya mahu memalukan mereka, sebaliknya Raja mahu mereka sedar bergaduh di khalayak ramai hingga ada mata yang memerhati mengundang pandangan tidak manis, apatah lagi membabitkan Sheera, seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Pasangan kekasih mana yang tidak bergaduh, malah suami isteri pun tidak terlepas daripada pergaduhan besar tetapi janganlah sampai naik kaki tangan dan mencederakan. Kalau pun cemburu menjadi penyebab, tahanlah api kemarahan. Sheera dan kekasihnya dah lama berkawan, dah tentu kenal hati budi.

Raja dengar mereka juga merancang mahu mendirikan rumah tangga, jadi jangan sampai angan-angan tak jadi kenyataan… -Bharian

Sumber : Jiwang



1 ulasan:

  1. macam2 ar...Sheera Iskandar pun nak lg ke kat laki mcm tu...mcm2 dunia zmn skrg

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top