"Selepas saya dapat kiriman SMS daripada seorang rakan berkenaan kematiannya, saya rasa macam tak percaya. Saya terus buka televisyen untuk mencari saluran berita bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
"Saya terasa sedih, sebak dan mengalir air mata memandangkan penyanyi pujaan saya itu sudah meninggalkan kita buat selamanya.
"Ketika Micheal Jackson mati dulu saya turut terasa sedih. Tetapi air mata saya mengalir dengan cepat kali ini sebaik saja mendengar berita tentang kematian Whitney Houston. Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata," katanya dalam nada sebak.
Menurut Ziana Zain lagi, walaupun industri hiburan masa kini telah dikurniakan dengan ramai penyanyi berbakat besar tetapi bagi penyanyi Puncak Kasih itu, Whitney akan selamanya menjadi yang terbaik buat dirinya.
Siapa sangka, Whitney sebenarnya adalah guru dan sifunya sebelum dia bergelar penyanyi lagi.
Malah tidak hairanlah, dia telah membeli album kaset pertama penyanyi berkenaan berjudul Whitney Houston dan lagu How Will I Know adalah lagu pertama yang pernah dinyanyikan Ziana ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian.
"Feel dan lontaran suara Whitney memang tiada tandingan. Dialah mentor saya. Terasa macam sudah tidak ada cikgu lagi bila dia tiada. Walaupun kita masih boleh dengar lagu dan suaranya di CD atau kaset, tetapi saya rasa ianya sama sekali tidak sama kala mendengar suaranya secara live. Feel dia sangat lain,' ujar Ziana panjang lebar.
Dalam temubual itu juga, Ziana turut merasa kesal dengan apa yang telah dilalui oleh idolanya itu, lantas membuatkan Whitney terjerumus dalam penggunaan najis dadah.
"Whitney adalah insan biasa seperti kita juga. Pada saya, kesilapan paling besar yang pernah Whitney lakukan ialah dengan mengenali serta mengahwini Bobby Brown.
"Semua tahu bahawa Bobby adalah penyebab dia terjebak dan ketagihan dadah. Apa yang saya tahu, Bobby juga banyak menghabiskan duit Whitney.
"Bagaimanapun semua itu dilakukan Whitney kerana cinta dan terlalu sayangkan Bobby.
"Tetapi tidak semua yang diimpikan boleh menjadi mimpi indah sepanjang perjalanan hidup.
"Selepas bercerai dengan Bobby, dia cuba membuat comeback namun saya begitu kesal dengan dengan pihak media yang mengecam dan menjatuhkan semangat Whitney.
"Apakah mereka tidak sedar dengan apa yang Whitney sudah lakukan?
"Jasanya cukup besar dalam dunia muzik dan kesan juga impak yang ditinggalkan Whitney kepada semua penyanyi termasuklah saya tidak dihargai. Itu yang paling saya kesalkan.
"Kerana dia tidak diberi peluang dan sokongan yang sepatutnya dia dapat," tambahnya yang nyata sangat kesal dengan apa yang telah berlaku ketika Whitney mahu kembali menyinar di dalam industri.
Sebak dan menitiskan airmata ketika bercerita tentang ikon muziknya itu, Ziana menyatakan juga bahawa Whitney adalah sumber inspirasinya.
Apa sahaja yang Whitney lakukan, sehingga fesyen yang dia sarungkan semestinya akan turut menjadi ilham Ziana sejak dulu lagi.
"Sejak dari dulu lagi, saya dan Anuar akan memasang kaset Whitney dan menyanyi sampailah rasa puas dapat sampai ke nota tinggi seperti mana Whitney.
"Saya sudah tidak peduli dengan apa yang orang akan cakap, sama ada kami bising, melalak atau apa. Janji dapat menyanyi lagu Whitney itu sudah cukup memuaskan hati kami," ujar Ziana lagi yang menggemari lagu antaranya Greatest Love of All, Saving All My Love for You dan semua lagu dalam album The Bodyguard.
Kesal dengan kematiannya, Ziana juga terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan idolanya itu ketika kunjungan superstar berkenaan di ibu negara beberapa atahun lalu kerana komitmen kepada persembahan. ~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan