Natasha Hudson khabarnya sedang bahagia menyulam cinta dengan seorang penerbit, pencipta lagu dan penyanyi muda yang dikenali sebagai Carleed Khaza.

Carleed yang juga rakan duet Natasha dalam lagu berjudul 'Jika Ku Boleh Ubah Dunia' kelihatan mesra dengan pelakon wanita ini. Ditanya lebih lanjut tentang perkara tersebut, kedua-keduanya masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan mereka dengan lebih jelas lagi. Walau bagaimanapun, mereka sudah lama kenal dan keduanya mengaku serasi berkawan.


"Kami tidak mahu bercerita sangat tentang hubungan kami. Kalau boleh cinta kami biarlah di meja kerja sahaja. Dia adalah orang yang banyak membantu Tasha dalam merealisasikan impian Tasya untuk bergelar penyanyi. Sebelum ini, Tasya selalu jadi mangsa keadaan tetapi dia adalah orang yang paling sabar membentuk Tasha untuk bergelar penyanyi. Walau bagaimanapun, kami belum terfikir untuk membuat sebarang perancangan berumah tangga lagi," ujar Tasha yang mengakui Carleed juga rapat dengan anak kesayangannya, Neesa Helena. ~ MH

# Moga Natasha dan Carleed bercinta hingga ke jinjang pelamin

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top