Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi Khamis.


Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.

Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIM FM sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya ‘Dini Hari’ yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.

Beliau merupakan bekas anggota tentera.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top