Sinopsis drama Bangsal Tua, TV2

Telefilem Bangsal Tua mengisahkan Hamidi yang terlalu sayangkan isteri dan anaknya, Kartika. Walaupun hanya bekerja sebagai tukang sapu, Hamidi tetap ingin mengubah nasib keluarga. Hamidi bertekad mahu membaikpulih rumah usang yang didiami mereka sekeluarga.

Malangnya duit yang Hamidi beri kepada kontraktor, Mat Tapa, lesap begitu sahaja. Hamidi kecewa. Hamidi lebih kecewa apabila isteri kesayangannya, Zainab menyalahkannya. Lebih memilukan apabila adik Zainab membawa Zainab dan Kartika ke Kuala Lumpur.

Setiap hari Hamidi menunggu kepulangan mereka dan setiap hari Hamidi merindui mereka. Bertahun-tahun lamanya Hamidi memendam rasa rindu sehingga suatu hari Hamidi dihalau dari rumah usang yang didudukinya itu.

Rupa-rupanya, rumah itu telah dijual oleh Zainab. Kini Hamidi tinggal di bangsal tua atas bantuan seorang rakan yang dahulunya pernah menganiaya dirinya.

Sinopsis telefilem Bangsal Tua

Ketika dia menghabiskan sisa-sisa hidup di bangsal tua itulah Kartika datang mencarinya bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami. Kartika yang tidak pernah tahu segala perbuatan ibu terhadap bapanya memohon ampun dan maaf dan meminta agar Hamidi menjadi walinya.

Namun Hamidi terus nekad. Dia enggan menjadi wali. Hatinya terlalu sakit untuk menerima kenyataan. Namun kehadiran seorang lelaki bernama Haji baharom telah melembutkan hati Hamidi. Siapakah lelaki itu dan apakah kaitan beliau dengan Hamidi, si lelaki pasrah di Bangsal Tua itu?

Bangsal Tua menemui penonton pada 14 Februari 2012, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Drama Bangsal Tua menggandingkan dua pelakon hebat iaitu Dato' Rahim Razali dan Fauziah Nawi dan turut dikuatkan dengan lakonan mantap Almy Nadia, Ezany Nizariff, Norseha Hameed, Dato Jalaluddin Hassan dan Rahim Kidol.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top