“Saya baru saja selesai berlakon filem ‘Pak Pong’. Saya memegang watak jahat sebagai jin tanah. Walaupun terlibat dalam dua babak saja selama lima hari, namun ia merupakan babak besar iaitu babak pertarungan dengan kumpulan bunian,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Ramai orang ingat bila suami saya pengarah, saya mendapat kelebihan. Tidak, saya sendiri kena marah di set. Dia marah sebab saya tak nampak jahat. Dia lebih faham apa yang diperlukan dan saya terpaksa jadi keras dalam filem ini,” ujar LIsdawati mengakui tidak berkepit dengan suaminya di set.
“Saya tak berkepit langsung dengan dia di set. Saya bagi dia buat kerja dia dan tak campur langsung hubungan suami isteri. Bagi saya, kerja adalah kerja. Ini kali pertama dia mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif dari seluruh tenaga produksi.
“Bukan itu saja, mereka suka kerja dengan dia kerana dia tak garang dan sangat kelakar. Di set, dia juga seorang yang sangat fokus bekerja. Dia ada satu visi yang sangat jauh dan ramai nampak komitmen yang diberinya sangat tinggi.”
Umum dah mengetahui, Fauzi merupakan pelakon lagak ngeri yang suka melakukan aksi stunt yang agak berbahaya. Namun, ramai yang tidak tahu Lisadawati juga kini dalam proses mempelajari aksi-aksi stunt. Jika dilihat dari perwatakannya yang lembut, mampukah ibu kepada dua orang cahayamata ini melakukannya.
“InsyaAllah, saya tengah buktikan yang saya tak selembut yang mereka sangka. Sekarang ini saya selalu pergi gymnasium untuk meningkatkan stamina. Saya buat semua ini untuk nampak kuat bila buat babak gaduh. Macam dalam filem ‘Pak Pong’ sendiri, saya berlatih selama 3 minggu walaupun watak saya sikit.
“Saya sukakan watak bergaduh tapi tak pernah diberi peluang. Bila dapat tawaran ini, saya buat bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak saya. Ini percubaan kali pertama dan saya tak gayat bila tergantung menggunakan kabel. Saya juga praktis dalam air untuk membuat aksi ‘flip’. Pernah ketika buat latihan, saya terjatuh dan terhentak kepala,” ujar Lisdawati yang kini sedang menjalani penggambaran telemovie, ‘Ibu Tiri’ untuk TV3. ~ Gua
0 ulasan:
Catat Ulasan