Aktiviti Seni Budaya Masyarakat Luar Bandar
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bakal merelisasikan 1,547 aktiviti seni budaya sepanjang tahun 2012 ini bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.

Ketua Pengarah JKKN, Dato's Norliza Rofli berkata, lebih seribu aktiviti akan direlisasikan yang merangkumi sepuluh aktiviti teras JKKN.

Sepuluh aktiviti teras itu adalah Program Merakyatkan Seni Budaya, Program Pembimbingan Seni Budaya, Penyemarakkan dan Kecemerlangan Seni, Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan, Pencungkilan Bakat Baru, Perantisan Penyelidikan dan Pemuliharaan, Program Industi Kreatif, Pembudayaan Bahasa, Pembanggunan Infrastruktur Seni Budaya dan Promosi dan Pemasaran Aktiviti Seni Budaya.

"Tahun ini kami mensasarkan 1547 aktiviti kepada 40 peratus penduduk bandar manakala 60 peratus bagi penduduk di luar bandar.

"Kami juga lebih memberi tumpuan kepada aktiviti teras kami iaitu Program Masyarakat Seni Budaya (PMS) yang memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar supaya meraka lebih didedahkan dengan aktiviti yang berfaedah dan dalam masa yang sama membangunkan seni budaya dalam diri mereka.

"Dalam program seni budaya ini juga, kami memberi fokus utama kepada rakyat dan pembanggunan seni budaya, latihan dan keilmuan kepada para penggiat seni budaya selain menyediakan persekitaran yang kondusif kepada mereka mengikut bidang masing-masing.

"Malah kami yakin, program seperti PMS ini mampu menjadi pemangkin kepada industri seni budaya di peringkat luar bandar agar merka tidak dipinggirkan dari arus pemodenan," katanya ketika sidang media Serlahan Seni JKKN Highlights 2012.

Bukan mudah untuk merelisasikan kesemua 1547 aktiviti dalam setahun dengan jayanya, namun cabaran itu tidak menjadi kekangan kepada pihak JKKN.

"Saya akui memang bukan mudah. Disebabkan itu kita cuba aturkan beberapa strategi untuk menjayakannya.

"Paling jelas strategi kami sekarang adalah untuk menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mendekatkan lagi penggiat seni atau yang berminat untuk menyertai berhubung dengan kami.

"Selain itu, kami juga menggunakan media sebagai saluran untuk kami sampaikan atau war-warkan aktiviti kami kepada umum," jelasnya lagi.

Segala maklumat aktiviti JKKN boleh layari laman web info@jkkn.gov.my dan terus ke laman erb www.jkkn.gov.myatau ke Facebook Sahabat Budaya JKKN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top