Mania bakal membariskan 12 penyanyi iaitu Adira (AF8), Akim (AF7), Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip (AF7), Hazama (AF9), Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy (AF6), kumpulan Estranged dan Kristal.
Para peserta Mania dibimbing penerbit muzik seperti Akhmad Dhani, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.
Selain 12 peserta itu, Mania turut membuka tiga lagi tempat daripada 20 calon yang akan dipilih secara undian dalam talian (online) dinamakan Hot Seat.
20 calon Hot Seat yang bakal merebut tiga tempat itu adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni (AF5), Ebi (AF5), Shawal (AF5), Riz (AF6), Toi (AF6), Nadia (AF6), Aishah (AF7), Aril Pilus (AF7), Daus (AF8), Maulana (AF8), Azri (AF9), Kay (AF9), Lena (AF9), Chaq (Mentor), Fiq (Mentor) dan Mohd (Mentor).
Pemilihan tiga lagi peserta itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang bakal bertanding sebanyak 15 orang.
Kesemua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan itu akan dibimbing oleh seorang komposer setiap satu.
Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton ini menawarkan RM500,000 untuk juara, RM300,000 bagi naib juara dan RM100,000 kepada tempat ketiga.
Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi di bawah kelolaannya sehingga bergelar juara juga akan membawa pulang RM300,000.
Talian undian Hot Seat akan dibuka bermula 20 Februari sehingga 16 Mac depan, pukul 12 tengah hari.
Untuk undian Hot Seat dan maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.mania.com.my.
Program Mania akan diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi, Mania dan bersiaran pada 17 Mac depan selama 10 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
0 ulasan:
Catat Ulasan