Hanya sekali lafaz, Yusry sah bergelar suami kepada Lisa Surihani di majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Marriot.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan 'Winter Garden'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Tahniah Yusry dan Lisa!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top