Raja Lawak 6: Gman tersingkir!

Minggu kelima Raja Lawak musim yang keenam telah berlangsung pada hari Jumaat yang lalu. Begitu juga dengan persembahan dari para peserta yang pada masa itu hanya tinggal sembilan kumpulan. Masih lagi ada para peserta yang dibawah pimpinan Cif-Cif Kecil mereka yang ketinggalan jauh dari segi undian.

Untuk minggu yang kelima ini, para peserta telah pun menjalankan tugasan mingguan mereka dengan tema minggu komedi muzikal. Dengan hanya sembilan kumpulan yang menyahut cabaran untuk minggu yang kelima ini, Raja Lawak musim keenam ini menjadi lebih padat dengan aksi lawak yang menghiburkan.

Minggu muzikal, dengan diiringi oleh muzik yang diketuai oleh Shah Slam, para peserta telah diberikan cabaran untuk mempersembahkan lawak mereka di Gelanggang RL 6. Seperti biasa, para peserta telah membuat persembahan sekaligus menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada setiap minggu. Komen dari para juri tetap sememangnya akan memberikan impak yang tertentu dengan pengisian yang bergantung kepada mutu persembahan para peserta.


Walaupun penjurian diserahkan 100% kepada para penonton, namun dengan komen dari David Teo, Sheila Rusli, dan Sathiya akan mampu memberikan ulasan yang terus kepada para perserta. Minggu muzikal ini dimulakan dengan pembukaan rancangan oleh Johan dan Zizan yang mampu menceriakan para penonton dengan lawak jenaka spontan mereka. Apa yang pasti, lawak Jozan sememangnya menghidupkan suasana pentas Raja Lawak dan banyak membantu di dalam menyelamatkan keadaan.
Zero, gabungan tiga beradik yang sememangnya lawak dan menghiburkan ini membawakan kisah muzikal KRU yang menjadi pembukan tirai minggu kelima. Lawak yang mereka bawakan sesuai dengan tema muzikal yang diberikan untuk mingu kelima itu dan rata-rata penonton yang memenuhi ruang studio pada malam itu terhibur dengan lawak imitasi mereka itu. Pembukaan yang sangat menarik dan nyata dapat memberikan saingan yang tersendiri kepada para peserta yang lain.

Kumpulan RIKI yang juga turut berasal dari Pulau Pinang tampil paling kurang berjaya di dalam membawakan tema muzikal. Lawak yang mereka bertiga bawakan juga kurang mengundang tawa penonton, tersekat-sekat dan juga mungkin, muzikal bukan kebolehan mereka. Namun, RIKI tetap dilihat sebagai antara peserta yang paling tidak berjaya di dalam membawakan tema muzikal.


Kumpulan 2YOL, semakin lama semakin memahami rentak yang mereka perlu bawa di dalam pertandingan ini. Walaupun lawak mereka masih tidak lari dengan gaya lawak minggu-minggu yang sebelumnya namun, masih lagi menarik untuk ditonton. Lawak Panglima Hitam dan Putih dengan koleksi lagu-lagu yang menarik itu juga dapat mengekalkan kumpulan 2YOL untuk terus bersaing.
Untuk minggu muzikal kali ini, kumpulan CUIT, yang berasal dari Pulau Pinang tiba dengan lawak boria yang menghiburkan. Gabungan tiga jejaka yang membawakan tema muzikal dengan baik ini masih lagi bertahan untuk minggu yang seterusnya. Lawak mereka mampu mengundang tawa para penonton di dalam studio dan di rumah.

Kumpulan SELAK pula, antara peserta yang termuda untuk musim ini tampil dengan lawak yang juga tidak kurang hebatnya. Dengan membawa parody watak dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop dibawakan dengan jayanya. Kumpulan Selak tampil cemerlang untuk minggu muzikal jika dibanding dengan minggu-minggu sebelumnya.


Kumpulan SHIRO pula, membawakan muzikal yang kurang impak dan tidak selancar minggu-minggu sebelumnya. Watak hantu dan juga seorang manusia yang dibawakan itu memang nampak cukup bersahaja namun tidak mengundang tawa yang berdekah-dekah. Tidak cukup mantap seperti persembahan mereka sebelum ini.
SKEMA, lawak yang mereka bawakan untuk minggu muzikal ini pula cukup menarik. Skema memilih untuk meniru watak salah seorang peserta yang sudah tersingkir dari rancangan tersebut pada minggu yang kedua, iaitu Kopi dari kumpulan King. Walaupun tidak meniru secara langsung, namun menggunakan nama Kopi dan juga caranya itu boleh dianggap sebagai satu imitasi yang berjaya mencuit hati penonton.

ALBOB, membawakan lawak pekebun dengan lagu-lagu yang agak menarik perhatian penonton juga seakan sudah menemui rentak mereka yang tersendiri. Semakin lama mereka berada di dalam pertandingan ini, semakin berisi dan semakin mampu menghasilkan lawak-lawak yang menghiburkan.

Kumpulan yang terakhir yang juga merupakan kumpulan yang tersingkir pada minggu kelima ini adalah kumpulan GMAN. Walaupun pada minggu tersebut, kumpulan Gman telah memberikan persembahan yang menghiburkan dan lawak mereka juga memang menghiburkan, namun sayangnya nasib tidak menyebelahi mereka.

Menurut GMAN sendiri, mereka mahu mempamerkan yang terbaik dan penyingkiran mereka untuk kali ini merupakan penyingkiran yang bermaruah kerana telah memberikan lawak dan hiburan yang mampu mengundang tawa penonton.

Pentas Raja Lawak minggu yang keenam ini akan disambung dengan tema yang berlainan pula pada minggu hadapan. Jangan lupa saksikan rancangan kegemaran ramai ini pada Jumaat depan, jam 10 malam. Hanya di Astro Warna, saluran 132. ~ Era

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top