Konsert Avril Lavigne Dibanjiri 14,000 Peminat

Pada 18 Februari yang lalu, bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, seorang bintang pujaan antarabangsa telah menjayakan sebuah konsert yang dibanjiri peminat-peminatnya. Ya! Kami bercerita tentang penyanyi wanita kecil molek yang berusia 27 tahun yang berasal dari Ontario, Kanada. Siapa lagi kalau penyanyi pop kegemaran ramai, iaitu Avril Lavigne.

Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia 2012: The Black Star Tour ini telah dibawakan oleh JS Concert Production dengan tajaan dari Tune Talk. Konsert yang dijalankan selama hampir dua jam itu telah dibanjiri dengan peminatnya yang bukan sahaja datang dari seluruh pelusuk Malaysia, malah ada juga yang datang dari Singapura!

Hebat bukan penangan artis yang di dalam menjayakan tour untuk albumnya yang keempat, Goodbye Lullaby yang telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun lalu. Untuk siri jelajah bersempena dengan kelahiran album ini, Avril Lavigne dan pasukannya sekali lagi meneroka dan membawa arus power pop rock, pop punk, slow rock gaya Avril yang menjadi ikutan ramai sejak tahun 2000 lagi.


Sedikit info mengenai Avril Lavigne dan sesi jelajah The Black Star Tour ini yang telah bermula pada 30 April 2011 lagi, di Beijing. Konsert ini telah menjelajah ke benua empat benua iaitu Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Asia. Avril dan pasukannya bergabung tenaga dan mengakhiri siri konsert jelajah ini dengan menghabiskannya di Malaysia. Jumlah sebanyak 57 buah konsert yang telah mencatatkan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir The Black Star Tour.
Kemunculan penyanyi genit kesayangan ramai itu amat dinantikan oleh peminatnya yang sudah mulai memenuhi ruang legar stadium seawal jam 4 petang lagi. Konsert yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bermula sedikit lewat namun kesetiaan lebih kurang 14,000 peminat yang ada pada malam itu sedikit pun tidak berganjak dari menyaksikan kemunculan Avril beraksi di atas pentas.

Seperti yang diketahui ramai, Avril juga mengeluarkan rangkaian minyak wanginya yang diberi nama, Black Star, Wild Rose dan Forbidden Rose. Malah, Avril juga merupakan seorang pereka bagi jenamanya sendiri, Abbey Dawn. Penyanyi, penulis lirik dan komposer yang setia ditemani gitar berwarna merah jambunya pada malam konsert itu dilihat tampil serba hitam dan nampak teruja dengan kehadiran peminat pada awal konsert.


Antara lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam tersebut adalah koleksi campuran lagu-lagu yang bermula dari album yang pertama lagi. Pentas dipanaskan dengan lagu Black Star yang juga merupakan lagu serta nama wangian yang dikeluarkan oleh usahawan muda ini. Kemudian, kemeriahan suasana yang dari petang sudah mulai hujan renyai itu dirancakkan lagi dengan lagu What The Hell.
Ribuan peminat setia Avril turut sama menyanyi di sepanjang konsert itu berlangsung. Peminat yang berada di bahagian depan pentas tidak pernah berhenti menari dan turut merasakan aura yang dibawakan oleh penyanyi itu.
Bertenaga namun tidak serancak dahulu, mungkin saja kerana Malaysia adalah destinasi terakhir untuk siri jelajah ini. Namun, kemunculan Avril di Kuala Lumpur sudah pasti dapat memenuhi permintaan ribuan peminatnya yang berusia seawal 13 tahun hinggalah ke awal 40-an.

Biarpun hujan, mereka masih setia berada di hadapan pentas dan menghayati muzik yang dibawakan oleh Avril Lavigne bersama band yang diterbangkan bersama-samanya. Pencahayaan pentas yang cantik, ditambah pula dengan pilihan lokasi konsert yang terbuka nyata sesuai dengan tajuk siri jelajah ini, The Black Star Tour.

Konsert Avril Lavigne


Berikut merupakan senarai lagu dan beberapa keping gambar ketika Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia 2012: The Black Star Tour dijalankan tempoh hari:
1. Black Star
2. What The Hell
3. Sk8er Boi
4. He Wasn't
5. I Always Get What I Want
6. Alice
7. When You're Gone
8. Wish You Were Here
9. Instrumental (Mengandungi lagu "Unwanted", "Freak Out" dan "Losing Grip")
10. Girlfriend
11. Airplanes (cover B.o.B)
12. My Happy Ending
13. Don't Tell Me
14. Smile
15. I'm With You

Encore:
16. Pumped Up Kicks (Foster the People cover)
17. I Love You
18. Complicated

Oleh Liza Ramli
Sumner: Era

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top