Sinopsis filem John Carter
Filem yang berlatarkan gurun dan gambaran sebuah dunia asing ini mengisahkan bekas kapten tentera, John Carter yang terjerumus ke dalam sebuah lokasi di planet Marikh yang dipanggil Barsoom.

Carter terkandas di dunia asing penuh misteri itu dengan ajaibnya tanpa disedarinya sendiri. Namun, sebaik berada di dunia realiti dan terpaksa berdepan dengan masyarakat pelik yang memenuhi Barsoom, Carter mula sedar akan situasi sebenar yang mana pelbagai kemelut berlaku selain konflik peperangan yang bagai tiada noktah.

Bagaimanapun, di sebalik dunia asing yang hampir musnah itu, Carter akhirnya merasai nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab apabila menyedari nasib dunia asing itu serta semua masyarakatnya kini bergantung di tangannya.

Bukan sekadar perlu menyelamatkan keadaan dan membela nasib Barsoom, Carter perlu berdiri sebagai pahlawan yang mempertahankan suasana tegang penuh kekejaman itu hingga terpaksa melupakan kepentingan dirinya sendiri.

Poster John Carter

Filem John Carter akan mula menyerang panggung tempatan bermula 8 Mac 2012 dan ia adalah sebuah naskhah sentuhan pengarah terkenal, Andrew Stanton yang diterjemah daripada novel A Princess of Mars.

"John Carter" dibarisi oleh Taylor Kitsch, Mark Strong, Lynn Collins, Willem Dafoe dan Thomas Haden Church.

Trailer John Carter

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top