“Cerita ini mengarut!”. Itulah antara ayat pertama yang tersembur keluar dari mulut pelakon cantik, Tiz Zaqyah saat diajukan soalan mengenai keretakan hubungan cintanya dengan pelakon, Remy Ishak. Tiz ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif filem, ‘Cinta Kura-Kura’ di Cineleisure, e@Curve.
“Inilah salah satu cabaran yang terpaksa kami lalui bila dah mendedahkan hubungan kami. Dulu bila tak ‘expose’, orang akan membuat spekulasi macam-macam. Tapi, bila dah ‘expose’, macam ini pula jadinya. Apa-apapun, saya anggap gosip ini tak pernah wujud,” ujar Tiz mengakui ia sebahagian dari lumrah sebagai seorang artis.
“Sebelum ini, pernah juga keluar gosip yang sama, tapi selepas itu, senyap macam itu saja. Apa yang boleh saya kata, benda ini tak betul. Saya bukan tak nak komen pasal hubungan kami, tapi perkara ini agak privasi. Biarlah orang nak cakap apa pun, yang penting, kami tahu apa yang berlaku.”
Dua minggu lalu, pasangan ini telah mengejutkan industri hiburan tempatan apabila status di laman sosial, Twitter milik mereka menimbulkan keraguan kononnya mereka telah berpisah apabila Remy menulis status END manakala Tiz menulis, DONE.
“Sekarang saya dah tak ada Twitter. Saya dah tutup akaun Twitter sejak tahun lepas dan saya rasa mungkin ada orang yang menyamar menggunakan nama saya. Setakat ini, saya hanya menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat saya.
Menyentuh mengenai perkembangan karier seninya, pelakon ‘Nur Kasih The Movie’ ini bakal muncul dengan filem baru terbitan KRU Studios, ‘Cinta Kura-Kura’ pada 1 Mac ini. Memegang watak sebagai Nani, Tiz bergandingan dengan Aerel Zafrel, Bob Yusof, Fizz Fairuz, Zizan Razak, Fara Fauzana dan ramai lagi.
tiq n remy...hrap2 smpai ke jnjang plamin nnt...amin...
BalasPadam