Bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin jam 4 pagi tadi dan telah diberi nama Cahaya Malaika.
"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahayamata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," kata Mawi gembira.
"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.
"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.
"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.
Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.
Mawi dan Ekin merancang untuk membuat kenduri doa selamat .
Tahniah Mawi atas kelahiran cahayamata perempuan yang dinanti!
0 ulasan:
Catat Ulasan