Makan Tengahari Bersama Anuar Zain sempena minggu setiausaha April 2012

Anuar Zain bakal menghiburkan penduduk 1 pada majlis Makan Tengahari Bersama Anuar Zain sempena meraikan minggu setiausaha April ini.

Makan Tengahari Bersama Anuar Zain anjuran RAB9 Channel Sdn Bhd itu akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (Kuala Lumpur) pada 10 April depan serta di Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor pada 17 April depan.

Pertama kali bekerjasama dengan RAB9 Channel Sdn. Bhd bagi meraikan minggu setiausaha tahun ini, Anuar Zain akui teruja dengan pembabitannya itu.

"Seperti biasa, setiap tahun saya akan melibatkan diri untuk bersama-sama setiausaha dalam meraikan hari minggu setiausaha. Terus-terang saya tidak berfikir panjang ketika ditawarkan oleh pihak RAB9 bagi menjayakan majlis minggu setiausaha bersama mereka.Ini kerana sudah menjadi impian saya juga sebelum ini untuk bekerjasama dengan syarikat ini. Inilah saaatnya untuk setiausaha dan peminat berhibur serta mendekatkan diri dengan saya," katanya .

Anuar Zain

Bertemakan Era Keemasan 60an - Kenangan Manis Romantis, pelatun lagu Keabadian Cinta itu memberitahu akan ada kejutan yang akan ditampilkannya untuk menghiburkan minggu setiausaha tahun ini.

"Kalau sudah namanya kejutan, pastilah sesuatu yang tidak boleh diberitahu.

"Cuma saya yakin setiausaha yang datang pasti akan terhibur dengan dendangan lagu-lagu hits dari album pertama saya sehingga album terbaru.

"Mungkin saya akan berpakaian mengikut tema pada hari itu, tetapi lagu-lagu yang saya dendangkan bukan dari lagu-lagu era 60an, sebaliknya lagu-lagu saya sendiri.

"Malah saya akan bersama-sama menghiburkan penonton yang hadir selama sejam termasuk sesi beramah mesra," katanya yang bakal mempersembahkan lebih sepuluh buah lagu dengan diiringi kumpulan pemuzik iringan.

Majlis minggu setiausaha berkenaan akan dihoskan oleh pelakon dan pengacara, Yasmin Hani dan turut dihangatkan lagi dengan kehadiran bintang program Raja Lawak iaitu Sepahtu yang di anggotai oleh Shuib dan Jep.

Cenderhati majlis dan cabutan bertuah bernilai RM20 000 turut menanti setiap tatami yang hadir.

Tiket bagi menyaksikan persembahan ini boleh didapati pada harga RM598 (Silver), RM798 (Gold) dan RM1098 (Platinum) untuk setiap seorang.

Tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi Ticketpro di talian 03-78807999.


Moga sambutan minggu setiausaha kali ini akan menjadi lebih teruja daripada tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top