Olivia Newton-John: Live in Concert, Genting Highland Mac 2012

Penyanyi Olivia Newton-John akan mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminatnya di Arena of Stars, Genting Highlands pada 29 Mac depan. Olivia Newton-John pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak empat kali.

Konsert berjudul Olivia Newton-John: Live in Concert itu bakal menjadi persembahan keduanya di negara ini dan ia dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn. Bhd.

Bakal mempersembahkan lagu-lagu popular seperti “Hopelessly Devoted to You”, “You’re The One That I Want”, “I Honestly Love You” dan “Physical”, penyanyi berusia 64 tahun ini dijangka tidak akan mengecewakan para peminatnya nanti.


Bintang realiti, Farhan (AF) yang berkemahiran dalam menyampaikan pelbagai lagu bakal menjadi penyanyi pembuka tirai pada konsert tersebut..

Tiket bakal dijual pada harga RM480, RM368, RM268 dan RM168 dan diskaun 40 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli tiket terawal.

Resort World Genting juga turut memberikan tawaran istimewa kepada pemegang kad hotel dan tetamu mereka sebanyak 30 peratus.

Untuk membuat pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau menghubungi Genting Hub Kuala Lumpur di talian 03-2718-1118.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top