ABPBH 25 semakin hampir dan pelbagai kejutan telah mula diketahui satu persatu. Semalam, sidang media untuk memperkenalkan penyampai trofi dan juga persembahan telah berlangsung di Holiday Villa Subang. Seperti tahun-tahun lepas, pengacara pada malam tersebut masih dikekalkan iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahirah serta ditambah dengan dua pengacara yang tidak asing lagi iaitu Zizan Razak dan Didie Alias. Diharapkan gabungan pengacara baru dan lama ini akan menyerikan lagi anugerah tersebut sekaligus mewarnai ABPBH 25 nanti.

Apa yang paling mendapat tumpuan pada sidang media tersebut ialah pelakon popular Aaron Aziz dikatakan juga akan turut membuat persembahan pada malam itu, tetapi tidak dapat dipastikan samada pelakon utama Ombak Rindu itu akan membuat kemunculan dengan nyanyian ataupun lakonan. Apapun penyenaraian Aaron didalam persembahan ABPBH 25 pasti membuatkan semua peminat tidak sabar lagi menanti pada malam itu. Bukan itu saja, pelakon lain yang turut membuat persembahan adalah Fauzi Nawawi, Lisdawati serta pelakon kontroversi didalam filem Datin Ghairah iaitu Maria Farida.

Kelainan yang cuba dibawa didalam ABPBH 25 kali ini amat menarik perhatian, sekaligus berjaya mencipta debaran untuk menunggu hari bersejarah tersebut. Antara artis popular yang lain yang telah diberi kepercayaan adalah Adira, Aizat, Alyah, Anuar Zain, Azhar BIBH, Azlan Typewriter, Black, Bob, Hafiz, Hazama serta ramai lagi.

Aaron Aziz

Artis senior dan otai juga turut diberi tempat didalam anugerah ini bagi membuktikan mereka masih berbisa dan mempunyai aura yang tersendiri seperti Dato' M Nasir, Amy Search , Ramlah Ram, Ziana Zain dan Dato' Sheila Majid. Istimewa kepada peminat Dato' Siti Nurhaliza yang merindui aksi nyanyian secara langsung, beliau juga akan muncul pada malam tersebut.

Melihat senarai artis yang akan terlibat sahaja, sememangnya kita boleh tahu anugerah ABPBH 2011 sudah boleh diletakkan disebuah platform tertinggi di negara kita. Gabungan artis lama dan baru diharap dapat menyuntik industri hiburan agar lebih maju pada masa hadapan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk makluman semua, sidang media tersebut telah dihadiri oleh Datuk Mior Kamarul Shahid - Pengarang Kumpulan Berita Harian - juga selaku Penaung ABPBH 2011 turut menyempurnakan pelancaran peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) Berita Harian diserlahkan oleh LUX bersama Fazura - Bintang LUX dan Tanya Teng, Pengurus Jenama LUX. Pemenang GBB bertuah bakal bergaya bagaikan bintang di karpet merah bersama Fazura di malam kemuncak ABPBH2011.

Oleh Izzat Ismail
~ Era

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top