Sinopsis filem Kantoi
Filem Kantoi mengisahkan Yasin, seorang  pelajar Sains Kimia di USM Pulau Pinang berasal dari Perlis, bertunang dengan Lydia juga rakan sekolejnya. Mereka merancang untuk berkahwin. Cerita bermula apabila Yasin hendak ke Kuala Lumpur bagi memberitahu Lydia yang sedang bercuti tentang dia telah mendapat tawaran kerja di Sarawak. Yasin ingin menyatakan hasrat untuk mengahwini Lydia sebelum berangkat ke Sarawak.

Sesampainya Yasin di Puduraya, dia menyedari dompetnya telah hilang apabila hendak membayar makanan. Wak Wagiman yang kebetulan berada di Puduraya telah memberitahu Yasin yang dia tahu dan kenal siapa yang telah mencuri dompetnya. Wak Wagiman telah membawa Yasin ke sebuah “Rumah Kongsi” di mana Salman tinggal. Salman tidak mengaku telah mencuri dompet Yasin dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Sewaktu pertengkaran berlaku,pihak Imegresen telah melakukan serbuan. Wak Wagiman dan Salman dibebaskan kerana mereka pendatang sah dan Yasin….. ditahan kerana dituduh sebagai PATI kerana gagal menunjukkan dokumen sah.

Filem Kantoi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top