Umum sudah tahu Wati dan Joey sudah bernikah. Majlis perkahwinan Wati dan Joey diadakan secara rahsia

“Pertama kali Watie nak minta maaf kepada semua pihak. Bukan sengaja nak merahsiakan perkahwinan kami, tapi masa itu tengah kecoh hal bukan-bukan jadi kami lebih suka mendiamkan diri. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sekarang sudah sah menjadi suami isteri.Di sini Watie nak perbetulkan artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan, kononnya Watie kahwin betul-betul lepas Raya. Sebenarnya, majlis akad nikah kami diadakan pada hujung akhir tahun lepas di kediaman Watie, di Bukit Antarabangsa.

“Majlis ini sememangnya tak dirancang. Joey buat kejutan untuk saya dengan membawa tok kadi datang ke rumah. Saya pun terkejut tiba-tiba ada ramai orang datang ke rumah saya. Sebelum itu, dia ada hubungi saya suruh siap cantik-cantik. Ingatkan kami nak keluar ke mana-mana, tak sangka dia nak buat kejutan macam ini,” ujar Watie mengakui terharu dengan kejutan tersebut.

“Joey ini memang suka buat kejutan saat akhir. Saya memang tak ada buat persiapan apa-apa. Nasib baiklah saya pelakon, ada simpan baju kurung cantik-cantik, jadi saya pakai apa saja yang ada. Mula-mula saya terkejut, nak marah pun ada, namun lepas selesai saja akad nikah, saya menangis sebab terlalu gembira. Saya juga terharu sebab dia merupakan orang yang hargai saya sebagai seorang wanita.”


Apabila ditanya kepada Watie sama ada mereka akan mengadakan majlis resepsi nanti, Watie menjawab, “Sebenarnya kelakar jugalah sebab cara perkahwinan kami ini macam orang tak restu saja, padahal keluarga kami semua sebenarnya restu. Malah, keluarga saya juga tahu mengenai kejutan ini.

“Apa-apapun, saya dah cakap dengan Joey, kami mesti buat majlis resepsi juga. Saya teringin juga macam orang lain nak pakai cantik-cantik. Namun, tarikh masih lagi dalam perbincangan. Yang pasti, nak buat tahun ini juga,” jelasnya mengakhiri perbualan. ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top