Bintang telenovela di Astro Bella
Drama telenovela mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Oleh itu Astro memperkenalkan sebuah saluran khusus menghimpunkan telenovela seluruh dunia iaitu Astro Bella.

Bakal bersiaran 24 jam bermula 5 Mac ini, Astro Bella (saluran 133) merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika menggantikan B4U.

Astro Bella memberi nafas baru kepada kandungan pakej sedia ada dan menyokong dua saluran lain iaitu Warna dan Citra.

Menerusi Astro Bella, penonton akan disajikan dengan telenovela terbaru termasuk Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog), Pobre Diabla Daniela (Latin) Emperatriz (Latin), Eternamente (Latin) dan Girlfirends (Itali).

Fish Port Princess

Saluran Bella bukan saja menghidangkan telenovela Latin, malah turut menayangkan telenovela dari negara Asia seperti Filipina dan Malaysia sendiri.Pemilihan telenovela dibuat dengan berhati-hati di mana kebanyakan telenovela ditayangkan adalah yang terbaru dan berjaya di negara asal.

Sementara, untuk telenovela Melayu, ia dalam proses pembikinan dan kita masih lagi mencari drama yang sesuai untuk diketengahkan.

Bagi mengekalkan keaslian dan keseronokan menonton telenovela, Astro mengekalkan bahasa asal dan sari kata dalam Bahasa Melayu.

Jom langgan Pakej Mustika!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top