Whitney Houston meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston yang pernah mencetuskan fenomena muzik di Amerika Syarikat pada 1980-90-an ditemui mati di bilik sebuah hotel di sini, semalam.

Polis menerima panggilan kecemasan memaklumkan penyanyi itu ditemui terbaring di lantai bilik sebuah hotel di tingkat empat, kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Bintang tersebut meninggal dunia pada usia 48 tahun.

"Pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, Houston diumumkan meninggal dunia di hotel Beverly Hilton, kata Rosen.

Katanya, polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti menunjukkan terdapat perlakuan jenayah dan kes sedang disiasat jabatan polis Beverly Hills.

Bottles of tablets used to treat anxiety and sleeping pills were discovered in her fourth-floor room. The 48-year-old reportedly ‘partied heavily’ in the hours leading up to her death. It is thought the drugs, mixed with alcohol, acted as sedatives and caused her to fall asleep. ~ Metro UK

Punca kematiannya belum dikenal pasti tetapi dipercayai overdose.

Berita kematian bintang tersebut mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk sahabat daripada golongan selebriti.

Whitney Houston

Menerusi lagu-lagu seperti How Will i Know, Saving All My Love for You dan I Will Always Love You, Houston berjaya memartabatkan dirinya sebagai penyanyi pop sehingga digelar the Voice dan 'Ratu Pop'.

Selain bidang nyanyian, bintang kulit hitam tersebut turut membuat penampilan dalam dua filem menerusi Waiting to Exhale dan The Bodyguard.

Namun, kemasyhuran yang dimilikinya tenggelam apabila terlibat dengan dadah, selain menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas berkahwin dengan penyanyi Bobby Brown pada 1992.

R.I.P. Whitney Houston

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top