Kamar hotel tempat Whitney Houston mati laris
Selalunya jika ada orang mati dalam suatu bilik, kita rasa takut dan seram sejuk nak masuk. Apatah lagi nak bermalam di bilik itu. Perasaan seram akan menyelubungi.

Jangan terkejut, bilik 434 Hotel Hilton Beverly tempat penyanyi Whitney Houston ditemui mati di dalam tab mandi, mendapat permintaan tinggi. Ramai yang menempah untuk bermalam di bilik suite itu. Selepas tiga hari, sudah ada yang menempah untuk menginap.

Whitney Houston

Menurut TMZ.com, bahagian tempahan hotel mengesahkan menerima permintaan melimpah yang mahu menginap di bilik itu. Tapi nampak gayanya tiada yang dapat masuk kerana bilik itu sudah penuh untuk “foreseeable future”. Tarikh spesifik bilik itu boleh dimasuki tidak diketahui.

Whitney diumumkan mati di hotel itu pada 11 Februari lalu, hari yang sama mentornya, Clive Davis menganjuran parti pre Grammy di kelab di hotel tersebut. Dia juga antara jemputan ke parti tersebut. Parti tetap diteruskan dan Britney Spears antara yang hadir.

Tapi Sharon Osbourne yang membatalkan kehadirannya kerana berasakan tidak sesuai untuk berparti apatah lagi semasa mayat Whitney masih ada di hotel tersebut.

"Saya tak faham macam mana orang boleh pergi berparti bila mengetahui Whitney mati dan masih ada di bangunan itu. Saya kasihan dan memang tak boleh...," katanya.

Chaka Khan, kawan rapat mendiang Whitney juga berpandapat serupa. Dia tidak boleh bergaya dan memilih pakaian atau bersolek selepas mengetahui Whitney mati, bagaimana mahu ke parti?

"Saya fikir orang yang tak betul saja yang boleh pergi berparti dan saya tak faham mengapa parti mesti diteruskan," katanya._ BANG Showbiz

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top