Matlamatnya ialah bagi memberi laluan kepada Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) meneruskan siri kegemilangannya setelah 50 tahun menjadi nadi kepada persembahan di negara ini.
Tampil dengan 9 buah persembahan muzik orkestra dengan penerbitan terbaik pada setiap bulan, siri pertama persembahan ORTM 2012 adalah Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari 2012.
Persembahan pembuka tirai itu merupakan satu penghargaan buat penghibur terkenal itu yang telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
Antara persembahan lain yang bakal menghiasi kalendar Siri Orkestra 2012 adalah persembahan Orkestra RTM bersama biduanita negara Sharifah Aini pada 1 April.
Selain itu para penonton juga pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton konsert yang bakal mengetengahkan karya seni seniman agung Tan Sri Dr. P.Ramlee yang dijadualkan pada bulan Mei.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, antara kelainan konsert itu adalah penampilan para pemuzik muda yang akan membarisi Orkestra RTM.
"Kami mahu menampilkan sesuatu yang lebih segar untuk konsert ini nanti.
"Oleh itu kami memilih untuk membariskan golongan pemuzik muda sebagai tunjang utama konsert orkestra yang akan berlangsung sepanjang tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tegas Mokhzani, sudah tiba masanya untuk Orkestra RTM meneruskan legasi kejayaan yang pernah dilalui sepanjang 50 tahun ini.
"Kami mahu konsert ini menjadi kesinambungan sambutan Orkestra 50 tahun.
"Melalui konsert itu, penonton akan dijanjikan dengan kualiti muzik terbaik dari kami," katanya.
harapnyer jgn ada ubahan atau merosakkan lagu Allahyarham... nyanyi betul2.. jgn nak ngada ngada lentok lentok ker.. tarik yg bukan2 ker... biarlah sama iramanyer.... riealiti
BalasPadam