Menerusi saluran Astro 613 pada 29 Februari jam 10 pagi , adik-adik berpeluang menonton Great Leap. Program ini menarik dan disiarkan khusus sempena Tahun Lompat Februari 2012.
Apa lebih menarik, rancangan ini menyiarkan mengenai haiwan-haiwan yang melompat! Mengikut fakta, Tahun Lompat bermaksud terdapat satu hari tambahan pada hujung bulan Februari. Ia berlaku setiap empat tahun sekali. Jika hari jadi seseorang jatuh pada 29 Februari, anda akan digelar 'leapling' atau 'leaper' dan bermakna hari jadi disambut pada 28 Februari atau 1 Mac.
Menurut Kalendar Lunar (bulan), tahun lompat mempunyai satu bulan lompat juga! Masyarakat Mesir adalah kaum pertama yang mempraktikkan konsep menambah satu hari kepada kalendar setiap empat tahun sekali.
today! :-)
BalasPadam