Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 26, selamat mengakhiri zaman bujangnya setelah dinikahkan dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pagi ini.
Pasangan pengantin ini dinikahkan sendiri oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur, jam 11.55 pagi tadi dengan mas kahwin RM11, 412.
Ahmad Aznaim sah menjadi suami penyanyi itu dengan sekali lafaz sahaja.
Pada majlis itu, pasangan tersebut kelihatan berseri dengan persalinan kelabu hasil sentuhan Ezuan Ismail.
Bagi melengkapkan majlis penuh bermakna itu, kira-kira setengah jam sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, pasangan berkenaan yang bermula sebagai rakan karib sejak tujuh tahun lalu turut mengadakan majlis pertunangan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran yang mana pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak dan mas kahwin RM11,412.
Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran termasuk bunga rampai, kek, dompet, tujuh kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Pasangan itu turut mengadakan majlis resepsi di pekarangan masjid berkenaan.
Tahniah Ana Raffali!
0 ulasan:
Catat Ulasan